Thursday, 17 July 2014

Confident

Itu hari kau berkata
Apa aku tidak yakin dengan kau
Aku terdiam. Lantas menangis
Kenapa? Ntah.
Air mata deras mengalir

Aku menangis kerana
Kenapa bukan kau yang perlu yakinkan aku?
Aku menangis kerana
Sedang yakin itu aku perlu dapat dari kau
Aku mahu yakin dengan apa?
Bila tingkah kau tidak meyakinkan aku

Kau salahkan aku yang tidak yakin
Kau jelak dengan bertubi-tubi
Soalan yang sama
Aku mahu keyakinan
Yakin tidak sia-sia dosa yang berlabuh

Air mata itu yang buat aku sedar
Sandarkan yakin pada Pencipta
Tiada yang lebih tepat
Melainkan yakinnya matahari akan muncul esok pagi
Jangan diharap yakinnya janji
Selagi namanya manusia
Hati itu berbolak balik sifatnya

Bersangka baik dengan Dia
Yakin pada hikmah


No comments:

Post a Comment