Monday 26 December 2016

Posesif

Kasih, rindu dan sayang aku 
Bukan maksudnya satu pemilikan
Apa lagi mahu menjadi tuan

Ikhlas, datangnya dari hati
Cinta aku bukan posesif

Friday 9 December 2016

Penat

Kau yang hampir menuju bahagia
Jadi kenapa aku yang masih kau cari?
Sudahlah
Aku penat
Redha kau bukan untuk aku itu sudah cukup payah
Lagi kau mahu sulitkan hati aku
Pergi
Aku takkan hadir!

Wednesday 30 November 2016

Pergi

Seketika
Aku terima pengakhiran
Tetap hati masih sakit 
Memikirkan bagaimana berakhirnya kita

Kadang aku ingin kembali 
Hanya untuk aku katakan 
Betapa aku tunggu kau sekian lama 
Bukan kerana lemah
Aku cuma percaya baiknya dalam diri kau

Aku pergi
Bukan kerana kau berhenti mahu aku
Aku pergi 
Sebab aku tidak cinta lagi diri aku 
Yang mencintai kamu

Sunday 13 November 2016

Nafi

Dijenguk-jenguk ke luar
Mengharap ada yang hadir
Jangankan bayang
Kelibat pun tiada
Sepi, bukan?
Hati merindu tidak diberitahu
Kasih yang mekar dipendam diam
Apa lagi cinta dan sayang
Cuba dibuang tak mahu ditanam
Sakit, bukan?

Thursday 10 November 2016

Berangan

Dua malam bersengkang mata
Memikirkan kau
Memaksa untuk terus segar
Untuk menyulam angan-angan
Impian hidup yang mahu dikongsi dengan kau

Sedang hakikat aku tahu
Sia-sia

Tuesday 8 November 2016

Kosong

Mereka kata
Pilih dia yang sayang kau 
Nescaya kau akan bahagia

Tapi hati aku berbicara
Bagaimana bisa kamu bahagia
Kalau hatimu kosong tiada cinta
Apalagi pada dia

Kasihan

Kenapa kau tetap kasih pada orang yang menolak kau
Sedang jelas-jelas dia setia menyayang

Sebab aku mampu menipu di sekeliling tapi tidak dihati
Kasihan dengan diri aku
Kasihan lagi dia yang jelas-jelas ditipu

Saturday 5 November 2016

Utuh

Hati sakit
Tapi aku rindu
Aku tepis
Tetap sayang yang bertamu
Sudahnya bila?

Monday 24 October 2016

Mahu

Kau mahu aku yang mulai dahulu
Hubungi kau
Hantar pesanan ringkas pada kau
Bila aku patuh kau yang tak acuh
Aku yang malu sendiri

Jadi aku berhenti dari memulai 
Aku biar hari-hari berlalu tanpa bertanya khabar tentang kau
Lantas kau bilang aku lupa segala

Apa yang benar mahunya engkau?

Friday 14 October 2016

Hakikat

Tinggi mana sayang dia pada kau
Dalam mana perasaan dia pada kau
Lama mana rindu dia pada kau
Tetap tak mampu buat dia pilih kau

Jadi kau sedar apa nilainya kau dalam hidup dia?

Monday 29 August 2016

Gelap

Kau takut gelap
Marah bila malam tiba
Kau hitung masa cepatlah malam pergi

Kau lupa siang juga ada jahatnya

Sunday 28 August 2016

Redha

Dan hari ini jiwa memberontak

Kau pernah hilang sekali
Takkan kau mau terulang lagi?

Tapi aku bukan aku yang dahulu
Aku punya jiwa yang pernah berkongsi nyawa
Aku selindung setiap apa yang pernah terjadi
Aku sembunyi pahit maung dalam dalam
Aku hidup atas negativiti akal yang menilai
Mana mungkin dia suci hati terima

Jadi kau rela dia pergi, lagi?

Aku redha

Self Esteem

Sedang aku sendiri jelek dengan diri aku
Masakan ada yang sudi terima apa adanya?

Saturday 6 August 2016

Ketuk

Selalu kan
Orang yang ketuk pintu hati kau
Dia jua yang buat kau tercari-cari
Bila kau dah jatuh hati

Friday 5 August 2016

Sorry and Explaination

Sorry and explaination 
Dua benda penting 
Tapi tak semua situasi boleh beraplikasi

Ada perkara yang tak perlu diperjuangkan
Ada benda yang harus dilepaskan
Semua jeruk rasa pendam dalam-dalam

Simpan
Biar mati dalam hati

Diam
Biar masa usai berlalu rawat semua
Lama-lama akan hilang

Wednesday 3 August 2016

Hati

Ada hari yang kau rasa macam nak lari
Hari yang kau rasa nak tinggalkan semua
Tinggalkan semua yang sesakkan dada
Semua yang terbitkan rasa kosong
Tapi hati kau halang

Aneh
Di keramaian kau rasa sendiri
Riuh bising dan kau rasa sunyi
Tiap saat ditemani tapi kau tetap sepi
Hati, siapa yang sedang kau bohongi?

Kenapa kau sekat dia untuk pegi, hati?
Apa lagi yang kau cuba tunjuk?
Dia dah mati..
Lama dulu waktu jiwa disayat-sayat
Harap dan mimpi dipijak henyak
Tiada tangan yang hulur membantu
Hanya hati yang sering ditipu suatu hari nanti bahagia itu datang sendiri

Dia dah penat
Cukuplah hati
Berhenti membohongi