Tuesday 31 October 2017

Depresi

Sampai bila perlu didera rasa?
Sampai bila mahu terlihat bahagia?
Sampai bila senyum itu terus beraja?
Tidakkah kau lelah dengan berpura-pura?
Kenapa tak dijerit sahaja semua dilubuk minda?
Kau tahu kau penat
Kau tahu kau tiada daya
Kau tahu jiwa tersayat luka
Bila mahu dihenti tangis sepi itu?
Bila mahu dirawat jiwa kosong itu?
Monolog hati kau, bila mahu senyap?

Lama mana kau mahu bertahan?

Friday 29 September 2017

BFF

Sejujurnya aku rindu saat kita cuma sebatas teman
Kau yang mendengar di setiap mimpi aku
Yang mengerti tiap satu impian aku
Menyokong satu persatu rencana aku
Biar bodoh walau tidak masuk akal
Kerana di akhir cerita kita pasti ketawa

Tiada memendam rasa
Tiada emosi terluka
Tiada ego merosak suasana

Aku rindu kita yang dahulu

Thursday 28 September 2017

Decision

Bertahun atas kaki sendiri
Setiap yang diputus kesannya dipikul di pundak 
Lalu sekarang penentunya perlu dua
Bukan lagi buah fikiran dari hati yang mengikut emosi

Kau yakin rencana mahu diteruskan?

Wednesday 4 January 2017

Tembok

berhari-hari dibina
bertahun membasuh luka
masakan sebab dia mahu diruntuh tembok segala
pasung lagi hati
jangan biar lari-lari
jangan biar menyinggah menempel di sisi
meski zat tidak sama
tetap juga namanya lelaki
jangan dilupa jenis yang sama mencipta derita
buang
jangan terbuai
hempas
biar berkecai
cukup separuh nyawa
jangan sampai hilang semua