Wednesday 30 November 2016

Pergi

Seketika
Aku terima pengakhiran
Tetap hati masih sakit 
Memikirkan bagaimana berakhirnya kita

Kadang aku ingin kembali 
Hanya untuk aku katakan 
Betapa aku tunggu kau sekian lama 
Bukan kerana lemah
Aku cuma percaya baiknya dalam diri kau

Aku pergi
Bukan kerana kau berhenti mahu aku
Aku pergi 
Sebab aku tidak cinta lagi diri aku 
Yang mencintai kamu

Sunday 13 November 2016

Nafi

Dijenguk-jenguk ke luar
Mengharap ada yang hadir
Jangankan bayang
Kelibat pun tiada
Sepi, bukan?
Hati merindu tidak diberitahu
Kasih yang mekar dipendam diam
Apa lagi cinta dan sayang
Cuba dibuang tak mahu ditanam
Sakit, bukan?

Thursday 10 November 2016

Berangan

Dua malam bersengkang mata
Memikirkan kau
Memaksa untuk terus segar
Untuk menyulam angan-angan
Impian hidup yang mahu dikongsi dengan kau

Sedang hakikat aku tahu
Sia-sia

Tuesday 8 November 2016

Kosong

Mereka kata
Pilih dia yang sayang kau 
Nescaya kau akan bahagia

Tapi hati aku berbicara
Bagaimana bisa kamu bahagia
Kalau hatimu kosong tiada cinta
Apalagi pada dia

Kasihan

Kenapa kau tetap kasih pada orang yang menolak kau
Sedang jelas-jelas dia setia menyayang

Sebab aku mampu menipu di sekeliling tapi tidak dihati
Kasihan dengan diri aku
Kasihan lagi dia yang jelas-jelas ditipu

Saturday 5 November 2016

Utuh

Hati sakit
Tapi aku rindu
Aku tepis
Tetap sayang yang bertamu
Sudahnya bila?