Aku bilang hapus
Bukan maksud kau aku buang
Terminate from my heart, or my mind
Mana mungkin sayang yang pernah singgah berlalu macam tu saja
Aku ucap cinta, bukan dari kata
Itu apa aku rasa
Apa rasa yang Tuhan bagi bila aku dengan kau
Belum wujud lagi DELETE button dalam hidup aku
Untuk buang orang yang aku cinta
Dengan kau aku faham satu perkara
Orang yang kita cinta belum tentu jadi milik kita
Dengan kau aku belajar
Hapuskan rasa ingin memiliki
Jadi kau aku lepaskan
Aku lepaskan rasa ingin memiliki kau
Sebab kau milik Tuhan
Hati kau milik Tuhan
Nan kalau Dia sentap rasa cinta kau untuk aku
Aku bukan lagi siapa-siapa pada kau
Diubah haluan sayang, rasa suka kau pada yang lain
Aku tiada sebab untuk kau simpan
Redha
Bukan maksud aku putus asa
Tapi aku menyerah pada Dia
Terima tanpa aku persoalkan apa yang Dia tentukan
Sebab aku yakin
Yang menemukan kita juga dahulu adalah Dia
Bersangka baik
Dia lebih tahu
Monday, 21 July 2014
Kisah Kita
Aku penat hendak berduka
Letih
Bila mana duka itu akhirnya aku juga yang merana
Sengsara kau tau
Sakit bila mana duka tiada yang peduli
Fikir tentang kau
Tentang kita
Apa lagi janji kau
Janji kita
Susah jadi orang yang kerap berfikir
Fikir yang bukan-bukan
Kadang berangan menyulam mimpi
Mimpi yang hanya dalam tidur aku
Sepotong ayat
He knows what is in every heart
Mengapa aku perlu bingung
Fikir apa dalam hati kau
Nan kalau kau ucap
Belum tentu itu yang benar
Hanya Dia yang lebih tahu apa yang kau sembunyi
Dalam hati
The elimination phase
Bukan maksud aku buang kau
Tidak juga lenyap sudah apa yang aku rasa
Sayang itu ada.
Cinta itu masih berdetik
Cuma aku sudah penat hendak berfikir
Fikir yang akhirnya aku berduka sendiri
Thursday, 17 July 2014
Harap dan Hilang
kau ketuk pintu hati dia
hati yang pernah mati
jiwa yang sedang kosong
sakit yang pada namanya lelaki belum padam
kau beri cinta
kau kata sayang
kau tunjuk sisi kanan lelaki yang tidak pernah dia lihat
kau buat dia terkesima
masih ada lelaki yang meletakkan dia
pada darjat seorang wanita
kau gula-gulakan dia dengan lambakan sayang
kau manjakan dia dengan perhatian
kata cinta yang tidak pernah putus kau ucap
pada saat dia serahkan seluruh jiwa raganya pada kau
kau diam
sunyi sepi menyisih
alasan kau beri ruang dan waktu
kau buat dia tertanya-tanya
apa kau masih sayang
apa kau masih cinta
apa masih dia di hati kau
lelaki...
jangan kau seksa hati wanita dengan cara begini
sakit kau tau mendamba kasih pada yang berjanji
kau fikir dia apa
women of steel?
that can handle heartbroken with sword?
cukuplah
kau punya ibu
kau punya kakak
kau punya adik perempuan
Confident
Itu hari kau berkata
Apa aku tidak yakin dengan kau
Aku terdiam. Lantas menangis
Kenapa? Ntah.
Air mata deras mengalir
Aku menangis kerana
Kenapa bukan kau yang perlu yakinkan aku?
Aku menangis kerana
Sedang yakin itu aku perlu dapat dari kau
Aku mahu yakin dengan apa?
Bila tingkah kau tidak meyakinkan aku
Kau salahkan aku yang tidak yakin
Kau jelak dengan bertubi-tubi
Soalan yang sama
Aku mahu keyakinan
Yakin tidak sia-sia dosa yang berlabuh
Air mata itu yang buat aku sedar
Sandarkan yakin pada Pencipta
Tiada yang lebih tepat
Melainkan yakinnya matahari akan muncul esok pagi
Jangan diharap yakinnya janji
Selagi namanya manusia
Hati itu berbolak balik sifatnya
Bersangka baik dengan Dia
Yakin pada hikmah
Subscribe to:
Posts (Atom)