Seketika Aku terima pengakhiran Tetap hati masih sakit Memikirkan bagaimana berakhirnya kita Kadang aku ingin kembali Hanya untuk aku katakan Betapa aku tunggu kau sekian lama Bukan kerana lemah Aku cuma percaya baiknya dalam diri kau Aku pergi Bukan kerana kau berhenti mahu aku Aku pergi Sebab aku tidak cinta lagi diri aku Yang mencintai kamu
Dijenguk-jenguk ke luar Mengharap ada yang hadir Jangankan bayang Kelibat pun tiada Sepi, bukan? Hati merindu tidak diberitahu Kasih yang mekar dipendam diam Apa lagi cinta dan sayang Cuba dibuang tak mahu ditanam Sakit, bukan?
Dua malam bersengkang mata Memikirkan kau Memaksa untuk terus segar Untuk menyulam angan-angan Impian hidup yang mahu dikongsi dengan kau Sedang hakikat aku tahu Sia-sia
Mereka kata Pilih dia yang sayang kau Nescaya kau akan bahagia Tapi hati aku berbicara Bagaimana bisa kamu bahagia Kalau hatimu kosong tiada cinta Apalagi pada dia
Kenapa kau tetap kasih pada orang yang menolak kau Sedang jelas-jelas dia setia menyayang Sebab aku mampu menipu di sekeliling tapi tidak dihati Kasihan dengan diri aku Kasihan lagi dia yang jelas-jelas ditipu